Total Pageviews

Saturday, 16 April 2011

Perbezaan koleksi serangga semasa diploma dan ijazah
Sebenarnya aku pernah membuat koleksi serangga semasa aku 
mengambil diploma dahulu iaitu diploma sains pertanian... kira ok la, 
serangga yang harus dikutip tidak terlalu banyak yang sedang – sedang 
sahaja. Bila serangga dah cukup kena label setiap serangga yang di ambil 
seperti nama sainstifik, genus, oder, tempat di temui dan lain-lain

Selepas semua serangga mencukupi, barulah masuk bab menghias kotak 
serangga sepatutnya tidak perlu tapi dah tiada larangan dari pensyarah 
semua rakan-rakan aku menghias kotak masing – masing. Tidak mungkin 
aku akan menghantar kotak tanpa dihias, yang lain hias aku hias jelah.... 
kalau bab menghias aku boleh wat, maklumlah pernah memegang
 jawatan pengerusi kelab keceriaan.. hehe 
( jiwa rider tapi tapi masih ada kesenian dalam diri..kih2 memalukan tol)

Macam biasa sebelum menghantar kotak serangga di makmal ada 
sahaja agenda yang tidak diingini iaitu sebelah kaki belalang kunyit aku 
tertanggal....hmm mana cari ganti tinggal 30minit sebelum tempoh penghantaran 
tamat....

Penyelesaian
  • ·         Sapu gam dibahagian yang tertanggal
  • ·         tiup bahagian yang disapu gam tadi (cepat kering)
  • ·         Tampal bahagian kaki tadi di tempat yang disapu gam
  • ·         Biarkan seketika.... selesai

Koleksi kotak serangga semasa diploma




Ni pandangan dari sudut atas, belalang kunyit paling besar itulah yang terpaksa aku gam kan kakinya



Ni koleksi kedua aku, untuk subjek yang lain pula


Kali ini aku kena buat kitaran metamorphosis lengkap
Telur rama-rama aku ganti dengan sagu makanan ( sengal! Tapi xkantoi)

Koleksi serangga semasa ijazah

Untuk koleksi kali ini kami telah diberi amaran oleh pensyarah, iaitu tidak perlu menghias kotak serangga 
masing – masing kerana tiada markah yang akan diberikan dan yang lebih menyedihkan markah akan ditolak bagi siapa yang menghiasnya....hmm bagus jugak jimat duit beli pembalut hadiah...

Yang susahnya sebab nak kumpul 5 oder serangga iaitu orthoptera, hemiptera, lepidoptera, homoptera dan coleoptera... setiap oder dikehendaki 8 ekor serangga... mana nak cekau ni! Hampeh tol! Penyelesaiannya pensyarah membenarkan setiap oder serangga yang tidak mencukupi boleh diganti dengan oder yang lain...fuh! lego den..

Banyakkan bersabar disaat kita perlukan serangga mesti ada rakan yang menolong.
_ _ _ _ _ _ nak serangga? Aku ada lebih... kan2 ada sahaja bantuan yang tiba. Akhirnya selesai juga koleksi serangga aku... koleksi kali ini paling mencabar untuk disiapkan... kalau bab gam tu, yang ini pun ada....gam sesungut, gam kepala dan lain – lain



No comments:

Post a Comment