Ni sumber dari pakcik aku, dia orang lama yang sudah biasa dengan
kehidupan hutan sejak kecil lagi, jadi tentang cara membuat jerat/perangkap
haiwan memang itu kelebihannya perangkap rusa, kancil, landak, burung
dan lain-lain semua mekanisasinya sama cuma bahan yang digunakan berlainan.
Cerita pasal burung/unggas susah kita hendak tahu yang mana boleh makan
atau tidak, kebiasaannya yang kita tahu boleh dimakan seperti ayam,
burung merpati, ayam hutan, burung punai dan lain -lain... jadi bagi mereka
yang tidak mengetahuinya apa panduan yang dapat diikuti??
Panduannya melihat pada jari kakinya
Jari kaki burung/unggas yang boleh dimakan ( 3 jari hadapan)
Maaf kalau lukisan aku ni buruk tapi ini sebagai panduan pada anda semua,
sebab ilmu jangan disimpan, elok dikongsikan.
Macam tidak logik apabila kaki burung dijadikan panduan.... jadi ayam berapa kaki? (tidak semua seperti burung pemangsa) Boleh dimakan bukan... burung kakak tua berapa kaki? Tidak boleh dimakan bukan
Mungkin ada ciri lain yang boleh dijadikan panduan tanpa aku ketahui, tapi ini diantaranya
Burung merpati iaitu burung yang ibu aku mengidamkan untuk di makan semasa mengandungkan aku
No comments:
Post a Comment