Makan malam, sebenarnya aku dapat rasakan ada sesuatu akan terjadi
malam itu, tapi aku endahkan mungkin ia cuma perasaan aku..
selepas menjamu selera kami berempat khusyuk bersembang sambil
menonton tv di warung. Akhirnya terkeluar jugak topik ini dari mulut
mereka, hmm aku dah agak tadi tapi rasakan cuma mainan perasaan
semata-mata... banyak persoalan yang ditimbulkan...
Kenapa ini?
Kenapa itu?
Sekarang macam mana?
Pengganti?
Ko ni apa-apa pun xboleh ar _ _ _ _ _ _? dan...dan..dan...
Hmm banyak betul persoalan yang ditimbulkan..
Aku? cuma tersenyum mendengar nasihat dan komen dari mereka...hmm
(kene lagi aku malam ni, sebenarnya dalam diri ini penuh dengan penyesalan).
Pengganti? Senangnya mereka ungkapkan, ingat senang hendak
mencari pengganti... pada aku, buat apa ada pengganti kalau perasaan ini
bukan kepunyaannya , nanti xpasal2 aku menipu diri sendiri dan dirinya...
yela perasaan aku ini bukan untuk semua orang, cukuplah seorang
bernama C yang bertakhta di hati ini, biar lah korang nak kata apa...
mengarut! Xmasuk akal!... ada aku kisah? Sabar itu separuh dari iman,
insyaAllah kalau ada rezeki, kalau xda..(think positive) yang penting
salah seorang xboleh putus asa, kena tawakal sahaja
perjalanan masih jauh, takdir penentu segalanya....
tu sebab aku masih sayangkan dia...
Entahlah! kenapa perasaan aku ini susah nak berubah, sebab aku rasakan
dia yang terbaik untuk aku, mungkin juga terlalu banyak memori dia bersama
aku...gelak ketawa, suka duka, sedih kecewa... Pada aku dalam soal
pasangan hidup ini, kita tidak boleh buat main-main, pilihan kena tepat
supaya tiada penyesalan dikemudian hari, sebab dia akan menjadi bunga
yang akan bersinar sepanjang hayat kita, itu sebab aku sanggup menanti
dia kerana tidak mahu penyesalan dikemudian hari, walaupun mereka
mengatakan idea aku ini tidak masuk akal dan mengarut, tetapi pada aku
kebahagian aku datang dari seorang bernama C bukan dari mereka... Jadi pilihan kenalah tepat....
Kesabaran mengajar kita untuk lebih menghargai.... jadi aku akan
terus bersabar walaupun xpasti penghujungnya...
Semoga perasaan dia terhadap aku tidak pernah pudar..
HARAPAN
DIDALAM
PERNANTIAN
Hmm...teringat pergi pesta buku bersama dia


No comments:
Post a Comment