Aku pernah ajak Si N ni join bisnes ngan aku...die kate bisnes aku bagus, cuma die risau apabila die berjaya nanti dan dilimpahi dengan kemewahan die akan lupa dengan Maha Penciptanya Allah s.w.t kerana mengikut hadis@firman (maafkan aku kalau tersilap) "hanya sedikit yang bersyukur kepada Nya apabila dilimpahi kesenangan" hmmm....(termenung aku sejenak mengenangkan kata-katanya)
Biarlah kita hidup secara sederhana dan sentiasa bersyukur kepada Nya....Amin
Jadi antara Ilmu atau Harta....pilihlah ilmu....banyak kelebihannya...antaranya..
1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Kalau ada rezeki aku ingin memiliki MASTER selepas DEGREE semua ketentuan dari Nya...
InsyaAllah ( Dengan izin Allah)

No comments:
Post a Comment